Thursday, July 15, 2010

Selamat Datang

"Tak Akan Bahasa Melayu Hilang Di Dunia"merupakan satu wadah utama dalam pemikiran saya yang ingin dikongsikan saudara/saudari sekalian.Kita sedia maklum bahawa bahasa melayu telah sekian lama bertapak di nusantara ini.Di zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi bahasa Melayu makin teguh & kukuh penggunaannya sebagai lingua franca atau bahasa perhubungan para pedagang dari luar.Di era ke-21 ini juga,bahasa Melayu masih digunakan umum.Jadi marilah bersama-sama kita memperkasakan bahasa Melayu agar tidak ditelan zaman.

Assalamualaikum...

Pada hari pertama saya dan kawan saya memasuki kelas penghantar penulisan, saya sungguh seronok kerana kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar yang sedikit berbanding dengan kelas-kelas yang pernah saya hadiri. Kelas ini juga diajar oleh pensyarah yang baik dan bagus iaitu Encik Nasrol Hadi. Saya juga berasa seronok kerana dapat belajar dengan senior dalam kelas ini. Saya juga berharap agar pelajar-pelajar senior dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dan kawan saya kerana kami merupakan pelajar semester pertama di UUM ini. Sekian saja daripada saya. Terima Kasih..


PANTUN MEMBERI NASIHAT DAN PENDIDIKAN.

Air surut memungut bayam,
Bayam diisi di dalam buyung,
Jangan diikuti resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Limau manis sudah berbunga,
Lalu dicuri si anak cina,
Mulut manis jangan diguna,
Ramai orang sudah terkena.

Bintang tujuh cahaya berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Yang mana dapat janganlah dilupa.

Orang Banting membuat rakit,
Rakit dibuat kayu buluh,
Biarlah anjing menyalak bukit,
Bukit tetap tidak akan runtuh.

Buah langsat kuning berbuah,
Pucuk kaduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Kelas Pengantar Penulisan yang diajar oleh En.Nasrol Hadi amat memuaskan hati saya.Di kesempatan ini,saya sebagai pelajar semester pertama berharap En.Nasrol memberi tunjuk ajar yang cukup baik sepanjang pembelajaran saya di UUM ini.Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete