Saturday, September 18, 2010

TEKNIK MENULIS ULASAN FILEM

NAMA FILEM: KHABI KHUSHI KHABIE GHAM

1. PLOT

a) PERMULAAN

Rahul yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan ialah anak angkat kepada Yash Raichand yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan dan isterinya Nandini yang dilakonkan oleh Jaya Bachar. Anak kandung mereka ialah Rohan yang dilakonkan oleh Hitrik Roshan lebih muda sebanyak 9 tahun daripada Rahul. Yash merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya di India. Beliau berpegang teguh kepada adat dan tidak percaya kepada perkahwinan berasaskan cinta. Selepas Rahul pulang daripada universiti luar negara, dia telah jatuh cinta kepada seorang perempuan miskin bernama Anjali yang dilakonkan oleh Kajol.

b) PERKEMBANGAN

Selepas Rahul menolak keputusan ayahnya untuk mengahwini Naina yang dilakonkan oleh Rani Mukerji, Rahul telah mengahwini Anjali yang menyebabkan Yash marah lalu tidak mengakui bahawa Rahul itu anaknya. Rahul telah membawa diri dan meninggalkan ibu, adik dan kedua neneknya. Nandini telah menyuruh orang gajinya, Daijan yang dilakonkan oleh Farida Jalal untuk mengikut dan menjaga Rahul. Selepas 10 tahun, Rohan telah dewasa. Dia pulang bercuti dan berjumpa dengan kedua neneknya. Pada suatu malam, Rohan telah terdengar perbincangan kedua neneknya mengenai Rahul dan sebab Rahul meninggalkan mereka. Rohan telah mendapat maklumat bahawa Rahul berada di London. Disebabkan itu, Rohan telah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin melanjutkan pengajian di London.
Di universiti London, Rohan telah berjumpa dengan Pooja yang dilakonkan oleh Karena Kapoor. Pooja ialah adik kepada Anjali dan memberitahu perkara sebenaarnya. Pooja berjanji akan menolong Rohan. Rahul dan Anjali telah mempunyai anak berusia 9 tahun iaitu Krish.

c) KLIMAKS

Setelah beberapa hari, Rahul telah mengetahui bahawa Rohan merupakan adiknya. Namun begitu, Rahul tidak mahu pulang ke India apabila diajak oleh Rohan.

d) PELERAIAN

Pada suatu hari, ibu kepada Yash telah meninggal dunia. Permintaan terakhirnya ialah mayatnya mestilah dibakar oleh Rahul, Rohan dan Yash. Rahul telah pulang ke India dan sempat membakar mayat neneknya. Selepas itu, Nandini telah memujuk Yash supaya menerima Rahul kembali. Akhirnya, telah menerima dan meminta maaf kepada Rahul dan Anjali.

2. TEKNIK

a) Lagu Khabhi Khushi Khabie Gham yang dinyanyikan oleh Lata Mangeslakar merupakan lagu yang menyentuh perasaan para penonton.

b) Gerakan kamera semasa nenek Rohan bercerita telah menyebabkan penonton lebih memahami filem ini.

3) TAHAP PERSEMBAHAN

Yash merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Beliau berpegang teguh kepada tradisi dan adat keluarganya. Rahul pula merupakan seorang yang penyayang kerana beliau telah mengahwini Anjali selepas kematian bapa Anjali.

4) PENGHAKIMAN

Filem ini wajar ditonton kerana filem ini mengisahkan tentang keluarga yang bahagia pada mulanya. Kemudian berpecah akibat sesuatu masalah dan seterusnya bersatu semula. Filem ini amat menyentuh perasaan sesiapa yang menontonnya.

Wednesday, August 11, 2010

PANTUN MEMBERI NASIHAT DAN PENDIDIKAN

Air surut memungut bayam,
Bayam diisi di dalam buyung,
Jangan diikuti resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Limau manis sudah berbunga,
Lalu dicuri si anak cina,
Mulut manis jangan diguna,
Ramai orang sudah terkena.

Bintang tujuh cahaya berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Yang mana dapat janganlah dilupa.

Orang Banting membuat rakit,
Rakit dibuat kayu buluh,
Biarlah anjing menyalak bukit,
Bukit tetap tidak akan runtuh.

Buah langsat kuning berbuah,
Pucuk kaduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Thursday, July 15, 2010

Selamat Datang

"Tak Akan Bahasa Melayu Hilang Di Dunia"merupakan satu wadah utama dalam pemikiran saya yang ingin dikongsikan saudara/saudari sekalian.Kita sedia maklum bahawa bahasa melayu telah sekian lama bertapak di nusantara ini.Di zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi bahasa Melayu makin teguh & kukuh penggunaannya sebagai lingua franca atau bahasa perhubungan para pedagang dari luar.Di era ke-21 ini juga,bahasa Melayu masih digunakan umum.Jadi marilah bersama-sama kita memperkasakan bahasa Melayu agar tidak ditelan zaman.

Assalamualaikum...

Pada hari pertama saya dan kawan saya memasuki kelas penghantar penulisan, saya sungguh seronok kerana kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar yang sedikit berbanding dengan kelas-kelas yang pernah saya hadiri. Kelas ini juga diajar oleh pensyarah yang baik dan bagus iaitu Encik Nasrol Hadi. Saya juga berasa seronok kerana dapat belajar dengan senior dalam kelas ini. Saya juga berharap agar pelajar-pelajar senior dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dan kawan saya kerana kami merupakan pelajar semester pertama di UUM ini. Sekian saja daripada saya. Terima Kasih..


PANTUN MEMBERI NASIHAT DAN PENDIDIKAN.

Air surut memungut bayam,
Bayam diisi di dalam buyung,
Jangan diikuti resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Limau manis sudah berbunga,
Lalu dicuri si anak cina,
Mulut manis jangan diguna,
Ramai orang sudah terkena.

Bintang tujuh cahaya berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Yang mana dapat janganlah dilupa.

Orang Banting membuat rakit,
Rakit dibuat kayu buluh,
Biarlah anjing menyalak bukit,
Bukit tetap tidak akan runtuh.

Buah langsat kuning berbuah,
Pucuk kaduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.