Wednesday, August 11, 2010

PANTUN MEMBERI NASIHAT DAN PENDIDIKAN

Air surut memungut bayam,
Bayam diisi di dalam buyung,
Jangan diikuti resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Limau manis sudah berbunga,
Lalu dicuri si anak cina,
Mulut manis jangan diguna,
Ramai orang sudah terkena.

Bintang tujuh cahaya berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendaklah dicari,
Yang mana dapat janganlah dilupa.

Orang Banting membuat rakit,
Rakit dibuat kayu buluh,
Biarlah anjing menyalak bukit,
Bukit tetap tidak akan runtuh.

Buah langsat kuning berbuah,
Pucuk kaduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

4 comments:

  1. salam..

    betulkah saudara mengarang pantun ini? atau dikarang oleh orang lain?

    kalau karya asli anda.. tahniah saya ucapkan..
    kerana bukan senang hendak mengarap pantun..
    teruskan nukilan anda..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam...
    cantik penggunaan bahasa
    selepas ini bolehlah cipta pantun jenaka pula...

    ReplyDelete
  4. salam...
    seronok baca pantun yang di karang...
    menarik dan tersusun...
    cikgu dah puji...
    lepas ini boleh la karang yang lain pula

    ReplyDelete