Saturday, September 18, 2010

TEKNIK MENULIS ULASAN FILEM

NAMA FILEM: KHABI KHUSHI KHABIE GHAM

1. PLOT

a) PERMULAAN

Rahul yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan ialah anak angkat kepada Yash Raichand yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan dan isterinya Nandini yang dilakonkan oleh Jaya Bachar. Anak kandung mereka ialah Rohan yang dilakonkan oleh Hitrik Roshan lebih muda sebanyak 9 tahun daripada Rahul. Yash merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya di India. Beliau berpegang teguh kepada adat dan tidak percaya kepada perkahwinan berasaskan cinta. Selepas Rahul pulang daripada universiti luar negara, dia telah jatuh cinta kepada seorang perempuan miskin bernama Anjali yang dilakonkan oleh Kajol.

b) PERKEMBANGAN

Selepas Rahul menolak keputusan ayahnya untuk mengahwini Naina yang dilakonkan oleh Rani Mukerji, Rahul telah mengahwini Anjali yang menyebabkan Yash marah lalu tidak mengakui bahawa Rahul itu anaknya. Rahul telah membawa diri dan meninggalkan ibu, adik dan kedua neneknya. Nandini telah menyuruh orang gajinya, Daijan yang dilakonkan oleh Farida Jalal untuk mengikut dan menjaga Rahul. Selepas 10 tahun, Rohan telah dewasa. Dia pulang bercuti dan berjumpa dengan kedua neneknya. Pada suatu malam, Rohan telah terdengar perbincangan kedua neneknya mengenai Rahul dan sebab Rahul meninggalkan mereka. Rohan telah mendapat maklumat bahawa Rahul berada di London. Disebabkan itu, Rohan telah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin melanjutkan pengajian di London.
Di universiti London, Rohan telah berjumpa dengan Pooja yang dilakonkan oleh Karena Kapoor. Pooja ialah adik kepada Anjali dan memberitahu perkara sebenaarnya. Pooja berjanji akan menolong Rohan. Rahul dan Anjali telah mempunyai anak berusia 9 tahun iaitu Krish.

c) KLIMAKS

Setelah beberapa hari, Rahul telah mengetahui bahawa Rohan merupakan adiknya. Namun begitu, Rahul tidak mahu pulang ke India apabila diajak oleh Rohan.

d) PELERAIAN

Pada suatu hari, ibu kepada Yash telah meninggal dunia. Permintaan terakhirnya ialah mayatnya mestilah dibakar oleh Rahul, Rohan dan Yash. Rahul telah pulang ke India dan sempat membakar mayat neneknya. Selepas itu, Nandini telah memujuk Yash supaya menerima Rahul kembali. Akhirnya, telah menerima dan meminta maaf kepada Rahul dan Anjali.

2. TEKNIK

a) Lagu Khabhi Khushi Khabie Gham yang dinyanyikan oleh Lata Mangeslakar merupakan lagu yang menyentuh perasaan para penonton.

b) Gerakan kamera semasa nenek Rohan bercerita telah menyebabkan penonton lebih memahami filem ini.

3) TAHAP PERSEMBAHAN

Yash merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Beliau berpegang teguh kepada tradisi dan adat keluarganya. Rahul pula merupakan seorang yang penyayang kerana beliau telah mengahwini Anjali selepas kematian bapa Anjali.

4) PENGHAKIMAN

Filem ini wajar ditonton kerana filem ini mengisahkan tentang keluarga yang bahagia pada mulanya. Kemudian berpecah akibat sesuatu masalah dan seterusnya bersatu semula. Filem ini amat menyentuh perasaan sesiapa yang menontonnya.